HOME
Untuk bahagian "interface"ini menyatakan tentang serba sedikit mengenai Kuching Design Week Festival 2011. Bahagian "home" ada menyatakan tentang kepentingan festival ini kepada Malaysia untuk membuka mata dunia tentang kepentingan dunia perekaan. selain itu,memberitahu bahawa Malaysia juga memiliki pereka-pereka profesional dan peeka muda yang berbakat yang setanding dari negara luar. Untuk bahgian "home"ini juga telah diletakkan dua imej yang berbeza tentang festival tersebut sebagai penghias untuk bahagian ini.
ABOUT US
"About us" menyatakan tentang serba sedikit mengenai tentang festival ini sepanjang festival ini berlangsung. Di antara serba sedikit tentang festival ini ialah tentang pencarian bakat-bakat muda untuk diketengahkan disamping bergabung dengan pereka profesional tentang isu-isu semasa,perniagaan,pertukaran idea dan sebagainya. Festival ini juga menampilkan produk-produk yang telah direka untuk tatapan umum. Pada "interface abaout us"ini telah diletakkan gambar kucing iaitu salah satu bahagian logo yang terdapat pada imej logo Kuching Design Week Festival hanya sebagai penghias muka hadapan.
PROGRAMME
Pelbagai program menarik telah diaturkan sepanjang festival tersebut berlangsung. Program-program yang dilaksanakan sangat berguna kepada umum dan pereka-pereka muda yang berbakat. Antara beberapa program yang diatur adalah pameran World of Eco Bag Exhibition. Pameran ini mengetengahkan tentang beg-beg yang mampu menjaga eko-sistem selain daripada penggunaan beg plastik. Pelbagai jenis beg kreatif yang dipamerkan untuk tatapan para pengunjung. Selain itu,forum juga akan berlangsung pada hari kedua festival tersebut yang membincangkan tentang perekaan dalam perniagaan dan Malaysia Master dan juga adalah acara kemuncak pada malam festival tersebut iaitu 7 BINTANG AWARD NIGHT. Acara ini bertujuan memberi penghargaan kepada pereka-pereka Malaysia tentang jasa mereka dalam dunia perekaan serta anugerah untuk pereka-pereka muda yang berbakat.
GALLERY
Beberapa gambar-gambar telah diletakkan dan disusun untuk tatapan pengunjung web ini sepanjang perjalanan festival ini dijalankan.
SPONSORSHIP
Festival ini telah ditaja oleh beberapa agensi dan media sepanjang festival ini berlangsung. Antara agensi dan media yang terlibat dalam menjayakan festival ini adalah hotlink,digi,celcon dan artcreative photography dan antara media yang terlibat adalah Astro,Rtm sarawak dan berita harian.
CONTACT US
Contact us ini memudahkan pengguna menghubungi sekiranya mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang festival ini berlangsung. Mereka juga boleh menghubungi beberapa orang yang terlibat beserta dengan tugasan mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjjut lagi.
Contact us ini memudahkan pengguna menghubungi sekiranya mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang festival ini berlangsung. Mereka juga boleh menghubungi beberapa orang yang terlibat beserta dengan tugasan mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjjut lagi.
No comments:
Post a Comment